Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lebih 30 maut dalam nahas kereta api di Congo

GLOBAL Satu nahas membabitkan sebuah kereta api 13 gerabak di tenggara Congo pada Ahad menyebabkan sekurang-kurangnya 34 orang terbunuh manakala 26 lagi cedera, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang gabenor wilayah.

Angka kematian mungkin meningkat memandangkan beberapa gerabak masih terbakar dan sesetengah daripadanya membawa minyak sebagai muatan, menurut Gabenor Lualaba, Richard Muyej Mangez.

Sementara itu, Radio Okapi melaporkan bahawa punca nahas belum dapat dipastikan dan dalam insiden itu, 11 gerabak milik Syarikat Keretapi Nasional Congo itu, yang dalam perjalanan dari Lubumbashi ke Luena, telah terbakar.

Mangsa yang cedera dibawa ke sebuah hospital yang terletak kira-kira 30 kilometer dari lokasi nahas, dengan sesetengah daripada mereka kehilangan anggota badan, lapor radio itu yang memetik kenyataan pegawai media hospital berkenaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS