Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
ADUN P Pinang digesa sokong usul BN
Diterbitkan:  Nov 14, 2017 12:25 PM
Dikemaskini: 4:32 AM

Sekumpulan 20 pemuda mesra BN yang dikenali sebagai "Young Master Movement" mahu semua anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dari kerajaan dan pembangkang menyokong usul untuk menghentikan pembangunan di lereng bukit.

Usul itu dijangka dibentangkan oleh ADUN Pulau Betong dari Umno, Muhammad Farid Sadd di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Ketua Pemuda Gerakan Negeri, Jason Loo, yang mengetuai gerakan itu berkata: "Usul itu penting supaya alam sekitar dapat dilindungi dan dipelihara untuk generasi akan datang."

Semalam, kira-kira 20 orang anggota kumpulan itu berkumpul di luar Dewan Undangan Negeri di Jalan Light Street dan mengangkang plakad dengan slogan seperti "Luluskan Usul Sebulat Suara", "Hentikan Pembangunan di Lereng Bukit" dan "Politik Baru".

Gesaan itu dibuat selepas Pulau Pinang terjejas teruk akibat banjir pada 15 September, tanah runtuh di Tanjung Bungah yang mengorbankan 11 orang serta banjir besar pada 4 dan 5 November yang mengorbankan tujuh nyawa.

Berikutan kejadian tanah runtuh pada 21 Oktober, masyarakat sivil dan kumpulan penduduk mengkritik kerajaan negeri berhubung dasar pembangunannya serta mengancam untuk menarik balik sokongan sekiranya permintaan itu tidak dituruti.

Loo berkata pergerakan itu telah mempersoalkan kerajaan negeri mengenai beberapa isu pembangunan sejak November 2015.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS