Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan tiga pertukaran pegawai kanannya yang akan berkuat kuasa 13 Disember ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman, SAC Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan, berkata pertukaran itu melibatkan Ketua Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Kedah SAC Hashim Ali yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Agama dan Kaunseling) Bukit Aman yang baharu.

Tempat Hashim diambil alih SAC Dr Zainal Abidin Sabtu yang sebelum ini merupakan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Agama dan Kaunseling) Bukit Aman.

Kenyataan itu turut memaklumkan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor, ACP Dennis Lim Kwan Keng akan menjawat jawatan ACP (D1) Kawalan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang baharu.

 

-Bernama

Lihat Komen
ADS