Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suaram: Zamihan betul dalam isu KSCIP
Diterbitkan:  Nov 14, 2017 6:58 PM
Dikemaskini: 11:01 AM

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyatakan sokongan terhadap kritikan penceramah kontroversi Zamihan Mat Zin pada Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di Putrajaya.

Pengarah eksekutif NGO hak asasi manusia itu Sevan Doraisamy berkata tiada keperluan untuk kerajaan memberikan 16 hektar tanah untuk pusat itu.

“Tiada keperluan, tidak masuk akal dan menimbulkan banyak persoalan. Tiada perincian berkaitan projek itu dan peranan KSCIP juga tidak jelas.

“Dalam kes ini, Suaram setuju dengan sebahagian kenyataan Zamihan,” kata Sevan.

Zamihan melalui sebuah video kira-kira 2 minit mengkritik Najib sebagai bertindak "kurang cerdik" dengan membenarkan pembinaan KSCIP atas tanah 16 hektar di Putrajaya.

Zamihan berkata cadangan tidak realistik kerana sudah banyak institusi keselamatan dalam negara.

Malah, dakwanya, IS dilahirkan oleh Arab Saudi sendiri.

Sambil mempertegaskan 'walak' (kesetiaan) kepada Najib, Zamihan bagaimanapun menafikan menghina perdana menteri dan berkata memberi pendapat atau mengkritik tidak bererti menghina.

'Macam polis, bukan penyembuh'

Sementara itu, dalam isu pemulihan pengganas di penjara, Suaram menolak penglibatan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu.

“Bagaimana seorang yang rasis dan ekstrem boleh memulihkan 'pelampau' lain” soal Sevan yang senada dengan Mufti Perlis Datuk Seri Asri Zainul Abidin dalam isu itu.

Mereka juga mempertikaikan pendekatan Zamihan yang menurut mereka lebih bertindak sebagai pegawai polis berbanding seorang “penyembuh”.

Malaysiakini telah menghubungi Zamihan dan masih menunggu maklum balas daripadanya berkaitan dakwaan itu.

Lihat Komen
ADS