Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Ada dua cara bawa VK Lingam pulang jalani hukuman penjara’
Diterbitkan:  Nov 15, 2017 3:11 PM
Dikemaskini: 7:14 AM

Terdapat dua cara yang mungkin dapat membawa pulang peguam Datuk VK Lingam ke Malaysia untuk menjalani hukuman penjara enam bulan yang dikenakan ke atasnya kerana menghina mahkamah, kata peguam Muhammad Rafique Rashid Ali.

Rafique berkata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali boleh menggunakan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) dalam Akta Perkara Jenayah 2002, atau Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun boleh mendapatkan bantuan Interpol untuk menahan Lingam.

"Waran itu tertakluk kepada peguam negara tentang sejauh mana beliau mahu melaksanakan writ tersebut.

"Dia boleh gunakan MLA di negara-negara yang mempunyai hubungan dengan Malaysia. (Berhubung dengan) tindakan di Mahkamah Persekutuan, Pejabat Peguam Negara yang meminta (pertuduhan) menghina dikenakan ke atas Lingam dan hukuman penjara.

"Bola kini kembali ke gelanggang Apandi mengenai bagaimana dia mahu melaksanakan perintah itu. Tetapi dia boleh menggunakannya melalui MLA. Terdapat peruntukan dalam akta itu untuk meminta ekstradisi," kata Rafique.

Bagaimanapun, Rafique berkata, ini bergantung kepada negara mana yang akan mengekstradisi Lingam, dan ia bergantung sama ada negara itu mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia.

Malaysiakini masih menunggu maklum balas daripada Apandi, selepas menghubungi bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu malam semalam untuk bertanya sama ada beliau akan menggunakan MLA untuk melaksanakan perintah mahkamah persekutuan, semalam.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abu Samah Nordin yang mengetuai panel lima haki, semalam memerintahkan Lingam menjalani hukuman penjara selama enam bulan selepas mendapati beliau bersalah menghina mahkamah.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS