PM ucap takziah kepada pemimpin MCA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada seorang pemimpin Pemuda MCA Pulau Pinang yang kehilangan isteri, dua orang anak dan ibunya dalam satu kebakaran di rumah mereka pagi ini.
"Tiada kata-kata boleh benar-benar menggambarkan kehilangan tragis keluarga Lim Swee Bok. Rasa simpati dan ingatan saya bersamanya pada masa yang sukar ini," katanya.
No words can truly describe the tragic loss of Lim Swee Bok's family. Heartfelt condolences and my thoughts are with him in this difficult time.
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) November 15, 2017
Menurut laporan berita, Ketua Pemuda Tanjung MCA, itu sedang bekerja ketika rumah berkembar dua tingkat yang dihuni mereka di Pangkalan Weld, Pulau Pinang terbakar awal pagi tadi.
Sebelum ini, pada 5 November lalu, bapa Lim meninggal dunia pada usia 72 tahun.
Mereka yang terbunuh dalam kebakaran jam 6 pagi tadi dikenal pasti sebagai Lau Sai Poh, 62, Chen Yen, 35, Yin Chun, sembilan, dan Jia Yiin, 8.
Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut menyampaikan ucapan takziahnya.
"Sangat sedih dan patah hati mendengar tragedi yang menimpa Swee Bok.
"Takziah kepada kamu. Kami di sini bersama anda dan akan membantu dan menyokong dalam masa yang sukar ini, "katanya.
Very sad n heartbroken to hear of the tragedy that has befallen Swee Bok. My deepest condolences to you n we are here for you n will help n support you through this difficult time.
— Liow Tiong Lai (@liowtionglai) November 15, 2017
The Star Online memetik Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sadoon Moktar sebagai berkata bahawa tiga jasad ditemui di tingkat bawah.
Mayat mangsa keempat, dipercayai seorang anak kecil, jatuh dari tingkat dua selepas lantai runtuh.

