Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tentera tahan Mugabe di bawah tahanan rumah
Diterbitkan:  Nov 16, 2017 12:41 AM
Dikemaskini: 5:13 PM

GLOBAL I Tentera Zimbabwe telah menahan Presiden Robert Mugabe di dalam kediamannya di ibukota Harare, kata Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma.

Mugabe memberitahu Zuma dalam satu panggilan telefon bahawa dia berada dalam keadaan baik, kata pejabat pemimpin Afrika Selatan itu.

Pasukan tentera kini mengawal ibu kota Harare selepas mereka merampas stesen televisyen negara itu dan mengatakan mereka mensasarkan "penjenayah".

Tindakan itu dipercayai merupakan usaha untuk menggantikan Mugabe dengan timbalannya Emmerson Mnangagwa yang dipecat sebelum ini, lapor BBC.

Pemecatan Mnangagwa minggu lepas menimbulkan spekulasi isteri Mugabe, Grace bakal dilantik sebagai pengganti presiden.

Mugabe, 93, telah menguasai politik negara itu sejak ia mendapat kemerdekaan dari United Kingdom pada tahun 1980.

Selepas beberapa hari khabar angin tersebar hingga mencetuskan ketegangan, tentera merampas stesen televisyen ZBC Selasa lalu.

Seorang pegawai tentera Zimbabwe, Mejar Jeneral Sibusiso Moyo menafikan rampasan kuasa, tetapi mengatakan tentera mensasarkan "penjenayah" di sekeliling Mugabe.

Moyo juga berkata keselamatan pemimpin diktator itu dan keluarganya terjamin.

Setakat ini tidak jelas siapa yang mengetuai tindakan ketenteraan.

 

Lihat Komen
ADS