GLOBAL l Lebih 1,500 penduduk kehilangan tempat tinggal dan berpuluh-puluh lagi cedera, serta kerosakan lain selepas gempa bumi berukuran 5.4 melanda tenggara Korea Selatan petang semalam, lapor agensi berita Yonhap Korea Selatan.

Gempa bumi yang kedua terkuat sejak tahun 1978, melanda utara bandar pelabuhan Pohang, lapor Bernama.

Gegaran dirasai sehingga di Seoul, beratus-ratus kilometer jauhnya, dengan 41 gempa susulan sehingga berukuran 4.3 berterusan sehingga awal pagi ini, kepada agensi cuaca negara itu.

Jumlah mangsa yang hilang tempat tinggil dan ditempatkan di tempat perlindungan kecemasan mencapai hampir 1,536 pada pukul 6 pagi, kata pihak berkuasa di Seoul hari ini.

Lima puluh tujuh orang mengalami kecederaan, dua dalam keadaan kritikal dan sedozen dirawat di hospital. Selebihnya stabil dan pulang ke rumah.

[Baca berita penuh]