Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Durian baik untuk lelaki, menteri minta lebih kajian

PARLIMEN l Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu lebih banyak penyelidikan dijalankan berhubung unsur-unsur afrodisiak yang terdapat dalam durian.

“Durian seperti makanan lain, dia boleh dimakan, baik dimakan tapi dalam bentuk keserdehanaan.

“Ada kawan saya beritahu memang benar ada juga kajian mengatakan durian ini ada unsur-unsur afrodisiak, baik untuk lelaki, ya, dia kata.

“Dan kita akan meminta supaya badan-badan yang berkaitan membuat kajian yang lebih tentang soal ini,” katanya di Dewan Rakyat, semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, hari ini.

Selain sifat afrodisiaknya, Shabery berkata, terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan bahawa durian mengandungi antioksidan yang melambatkan proses penuaan.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) mengenai kajian durian dan kesan pengambilannya terhadap kesihatan.

Sebelum itu, beliau memaklumkan teknologi simpanan durian menggunakan kaedah sejuk beku membolehkan buah itu dapat dinikmati sepanjang masa dan bukan hanya waktu musimnya sahaja.

Selain itu, kata Ahmad Shabery, kaedah penggunaan kolagen pada durian juga membolehkan buah itu bertahan sehingga setahun.

"Kita ada import daripada Thailand tapi saya tidak boleh sebutkan secara spesifik tetapi kebanyakan masyarakat dunia jika diberi pilihan antara durian Thailand dan durian Malaysia, durian Malaysia lebih utama", katanya.

Menurutnya, berkata pelbagai kajian telah dijalankan di peringkat antarabangsa bagi mengenal pasti kebaikan durian.

Ia termasuk kajian di Thailand pada 2011 mengenai komposisi durian yang mempunyai antioksida lebih tinggi berbanding buah tropika lain, serta kajian di China pada 2010 berkaitan kulit durian yang mempunyai antibiotik untuk melegakan batuk.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS