Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib: Pemuda HARAPAN tiada lokus standi perjanjian 1MDB-IPIC

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini membangkitkan isu locus standi (hak di sisi undang-undang) berhubung tindakan guaman yang diambil oleh 10 pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk memulakan saman terhadapnya, 1MDB dan kerajaan berhubung proses arbitrasi dan penyelesaian antara 1MDB dan syarikat International Petroleum Investment Co (IPIC).

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa plaintif bukannya pihak dalam tuntutan arbitrasi di London.

"Mereka bukannya pihak dalam arbitrasi dan oleh itu mereka tidak terjejas," katanya.

Hafarizam berkata Najib juga membangkitkan isu bidang kuasa Mahkamah Tinggi di negara ini untuk mendengar soal soal timbang tara antarabangsa yang dijalankan di London.

"Mahkamah Malaysia di sini tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman ini," katanya.

Peguam berkaitan Umno itu juga mendakwa bahawa plaintif silap menamakan Najib sebagai defendan dalam saman itu kerana perdana menteri tidak terlibat dalam perjanjian antara IPIC dan Aabar Investments PJS Ltd itu.

Najib memohon untuk membatalkan saman yang difailkan oleh kumpulan gerakan belia yang menamakan diri mereka sebagai Gerakan Anak Muda Tolak Najib (GANT1) pada Julai lalu.
Selain Najib, 1MDB dan kerajaan juga memohon untuk membatalkan tuntutan itu.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng kemudian menetapkan 11 Disember ini, untuk keputusan permohonan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS