Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Tak tahu jika paderi masih hidup, kata polis kepada Suhakam

INKUIRI SUHAKAM l Sembilan bulan sudah berlalu sejak Paderi Raymond Koh dilaporkan hilang tetapi pegawai penyiasat kes itu tidak tahu sama ada beliau masih hidup ataupun sebaliknya.

"Tak atahu," adalah jawapan ringkas yang diberikan oleh pegawai penyiasat ASP Supari Mohammad kepada Pesuruhjaya Suhakam Datuk Mah Weng Kwai yang menyoal apakah beliau percaya Koh masih hidup.

Supari juga berkata bahawa beliau "tak tahu" sama ada Koh masih berada di dalam negara ini atau tidak.

Beliau yang menyambung keterangannya kepada Suhakam hari ini, berkata, beliau percaya bahawa kaitan ekstremis adalah kemungkinan besar di sebalik kehilangan Koh.

Supari mengulas soalan Mah yang merujuk kenyataan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang pada Mac lalu berkata bahawa polis sedang melihat tiga teori dalam siasatan mereka - penculikan, hubungan ekstremis serta isu peribadi.

Supari juga berkata beliau tidak pasti apabila disoal oleh peguam Steven Thiru yang mewakili keluarga Koh mengenai sama ada paderi itu dalam tahanan polis.

“Saya tak pasti, setahu saya tak ada la, setahu saya tak pasti,” katanya.

Pegawai itu walau bagaimanapun berpendapat bahawa maklumat yang diberikan oleh bekas Ahli Majlis Petaling Jaya Peter Chong "tidak membantu sama sekali".

“Langsung tak membantu. Tak ada sebarang maklumat yang boleh saya gunakan daripada apa yang diberikan untuk saya meneruskan siasatan,” katanya.

Chong, sebelum ini mendakwa bahawa dirinya ditahan tanpa kerelaaannya selama seminggu di Thailand pada bulan April lalu. Katanya, dua penculiknya itu adalah dari sekumpulan Islam yang cuba menghalangnya daripada berdakwah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS