Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyangkal dakwaan bahawa Malaysia hilang kelayakan untuk dipilih semula dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa Malaysia tidak pernah melobi untuk kerusi itu apabila tempohnya sebagai salah satu daripada sepuluh anggota tidak tetap berakhir pada 2016.

"Saya nak maklumkan kita jadi anggota pada 2015 dan akhir 2016, beerti dua tahun.

"Dalam sejarah UNSC belum pernah ada mana-mana anggota yang menjadi anggota tidak tetap secara dua penggal berturut-turut.

"Jadi andaian kerana kita gagal sambung (sebagai anggota) bukan sahaja tidak tepat malahan salah," katanya.

[Berita penuh menyusul]