Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang pemimpin bahagian MCA digantung daripada parti itu kerana meminta maaf kepada seorang pekebun yang ditahan kerana berkongsi video yang dianggap menghina timbalan menteri, Chong Sin Woon.

Ini selepas Chong baru-baru ini membuat jenaka mengenai banjir di Pulau Pinang.

China Press melaporkan David Choi dilucutkan semua jawatan parti di bahagian Indera Mahkota termasuk sebagai ketua biro aduan awam, ahli jawatankuasa dan ketua bilik operasi PRU14.

Bahagian itu akan menulis surat kepada jawatankuasa disiplin parti untuk membuat keputusan mengenai keahlian Choi.

Choi semalam memohon maaf kepada seorang pekebun di Taiping, yang dibebaskan selepas direman dua hari kerana berkongsi video Facebook minggu lepas, yang dianggap menghina Chong yang merupakan Timbalan Menteri Pelajaran.

Pekebun itu ditangkap di Taiping, Perak dan dibawa ke Kuantan, Pahang kerana berkongsi video menunjukkan seorang netizen menghina Chong menggunakan kata-kata kesat.

Bagaimanapun, netizen yang membuat rakaman video berkenaan masih belum dapat dikesan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS