Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Sebuah rumah lama berusia 100 tahun di Rawang bakal dimusnahkan pada bila-bila masa selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan pemilik untuk merobohkan kediaman itu.

Keluarga Sidhu, yang memiliki rumah itu dimaklumkan mengenai keputusan mahkamah pada Rabu lalu.

Salah seorang ahli keluarga, Jimmy Sidhu, kini bimbang kerja-kerja perobohan akan dilakukan pada bila-bila masa sebelum rumah berkenaan diwartakan sebagai rumah warisan.

"Kami memfailkan rayuan untuk permohonan penangguhan di Mahkamah Rayuan pada hari Isnin.

"Tetapi sekarang, syarikat perlombongan yang memiliki tanah di sekitarnya boleh datang dan meruntuhkan rumah esok," kata Jimmy kepada Malaysiakini.

Syarikat perlombongan berkenaan berulang kali meminta keluarganya untuk mengosongkan premis itu untuk membuat jalan bagi kerja-kerja pembinaan kuari itu.

Walaupun datuk Jimmy membeli rumah berkenaan, geran rumah untuk plot rumah yang diduduki hilang pada tahun 1970-an, hingga menyebabkan tindakan undang-undang diambil oleh kedua-dua pihak.

Keluarga Sidhu kalah kes itu pada tahun 2016 dan selepas itu mereka membuat permohonan untuk membatalkan kerja-kerja perobohan.

Keluarga itu telah menerima penangguhan sementara sehingga keputusan terakhir pada hari Rabu lalu.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS