Paling Popular
Terkini

Polis menumpaskan sindiket curi kenderaan dikenali sebagai ‘Spanar Sedeli’ dengan penahanan lima anggota kumpulan itu yang juga warga tempatan dalam serbuan Op Lejang di sebuah bengkel kereta di Kuala Sedili, di Kota Tinggi, Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata penahanan kesemua suspek yang berusia antara 22 dan 37 tahun itu sekali gus menyelesaikan 14 kes curi kereta di daerah tersebut dan tiga lagi kes di daerah lain sejak dua tahun lalu.

Beliau berkata serbuan pada 9 malam di sebuah bengkel yang dipercayai milik seorang daripada suspek itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Tinggi berdasarkan hasil risikan dan maklumat orang awam.

"Kita juga percaya masih terdapat anggota kumpulan lain yang masih bebas di luar dan akan membuattangkapan dalam tempoh terdekat,” katanya dalam sidang media di Balai Polis Kuala Sedili di Kota Tinggi, hari ini.

Ahsmon berkata polis turut merampas lapan kenderaan buatan tempatan dan sebuah enjin kereta yang keseluruhannya bernilai RM140,000 serta 22 batang besi dipercayai digunakan untuk mengubahsuai nombor casis dan enjin kenderaan.

Beliau berkata sindiket ini menyasarkan kenderaan tempatan yang mudah dicuri dan kemudian meleraikan komponennya untuk dijual.

Kesemua suspek yang didapati positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes kecuriankenderaan itu direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A KanunKeseksaan kerana mencuri kenderaan, Seksyen 411 kanun sama kerana memiliki barang curi dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Undang-undang Pencegahan jenayah (POCA). -Bernama

Lihat Komen
ADS