Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jalan Desa berhampiran bekas Desa Water Park ditutup 5 tahun
Diterbitkan:  Nov 18, 2017 6:55 AM
Dikemaskini: 10:56 PM

Jalan Desa berhampiran bekas Desa Water Park di ibunegara akan ditutup selama lima tahun bermula Selasa ini hingga 21 November 2022 bagi memberi laluan kepada pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya.

Dalam satu kenyataan semalam, MMC Gamuda KVMRT berkata penutupan yang melibatkan 1.7 kilometer daripada jalan itu akan menjejaskan pengguna jalan raya dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban menuju Taman Desa melalui Jalan Desa berhampiran bekas taman tema air berkenaan.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya perlu menggunakan Jalan Desa melalui Lebuhraya Hubungan Timur-Barat.

“Sepanjang penutupan, Pasukan Respons Kecemasan Projek MRT akan ditugaskan di situ bagi memberi arahan trafik dan kami memohon maaf atas segala kesulitan,” demikian menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.mymrt.com.my atau www.mymrt-underground.com.my, Twitter @MRTMalaysia, Facebook @MRTMalaysia atau menghubungi MRT Hotline menerusi talian 1-800-82-6868.

- Bernama

Lihat Komen
ADS