Penyiasat dari polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengesan apa yang dipercayai pelanggaran data terbesar dalam sejarah negara ke satu alamat IP di Oman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberitahu New Straits Times (NST) yang siasatan pelanggaran itu masih berjalan dan belum ada tangkapan telah dibuat setakat ini

Fuzi juga enggan mengetepikan kemungkinan syarikat telekomunikasi (telco) sendiri sebagai suspek dalam kes itu, dengan mengatakan bahawa terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan, lapor NST.

IGP memberitahu Bernama pada hari Khamis bahawa kebocoran mungkin berlaku semasa proses pemindahan data di telco, sambil menambah penyiasat mempunyai petunjuk bagaimana data itu telah dikeluarkan.

[Baca berita penuh]