Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Malang anak terbuang, sehingga kini tak dapat IC

Tan Boon Moay tidak pernah kenal ibu bapanya. Tiga puluh enam tahun lalu, sepasang warga Malaysia mengambilnya sebagai anak angkat selepas dia ditinggalkan di sebuah kuil.

Dia beranggapan hal yang paling buruk telah berakhir sehinggalah apabila dia memohon mendapatkan Kad Pengenalan Malaysia (IC).

"Saya cuba banyak kali. Tetapi setiap kali saya diberitahu saya bukan seorang warga negara kerana ibu bapa biologi saya tidak diketahui," kata Tan.

"Hidup menjadi susah tanpa IC biru (MyKad). Saya tidak boleh bekerja, saya tidak boleh melakukan perjalanan ke luar negara. Ia tidak adil kerana ini bukan salah saya," katanya lagi ketika ditemui di Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang di Jalan Anson hari ini.

Dia ditemani Anggota Parlimen Bayan Baru PKR Sim Tze Tzin dan MP Padang Serai N Surendran (gambar, bawah) yang berkata mereka telah membangkitkan isu ini di parlimen tetapi masih belum ada lagi sebarang perubahan polisi berkenaan perkara tersebut.

Tan berbekalkan sijil kelahirannya dan satu kad pengenalan (IC) hijau yang dia perlu perbaharui setiap tahun masih cuba lagi memohon mendapatkan IC biru setelah pernah memohon beberapa kali sebelum ini.

Seorang pegawai dari JPN yang enggan dinamakan berkata Tan perlu kembali lagi ke jabatan itu pada jam 2.30 petang, hari Isnin depan bagi melihat jika permohonannya berjaya.

Surendran berkata kes Tan menunjukkan 'ketidakadilan yang cukup nyata dalam sistem' sebagaimana yang jelas diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa seseorang kanak-kanak yang dijumpai, maka ibu atau bapanya dianggap sebagai warga negara.

"Atas jenayah kerana menjadi anak terbuang yang ditemui, maka dia mendapat (IC) hijau ini yang perlu diperbaharui setiap tahun.

"Menjadikan hal ini lebih teruk, pegawai JPN yang terbabit tidak peka kewujudan undang-undang mengenai kanak-kanak yang dibuang dan ditemui, jadi saya terpaksa beritahu beliau berkenaan hal ini," kata Surendran.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS