Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perlu tunggu laporan audit CEC dulu, kata DAP
Diterbitkan:  Nov 18, 2017 7:06 PM
Dikemaskini: 11:13 AM

DAP menjelaskan yang parti itu kini sedang menunggu laporan daripada juruaudit, Grant Thornton berkenaan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) kali kedua, yang dijalankan 12 November lalu.

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata, mereka perlu menunggu laporan daripada juruaudit terlebih dulu sebelum menghantar laporan pemilihan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Semalam, Ketua Pengarah ROS Surayati Ibrahim berkata pihaknya belum menerima apa-apa laporan daripada parti itu.

"DAP sedang menunggu juruaudit yang dipersetujui ROS, Grant Thornton, untuk menghantar laporan pemilihan semula CEC DAP yang dilaksanakan dengan jayanya pada 12 November 2017.

"DAP mempunyai masa selama 60 hari untuk menghantar laporan kepada ROS dan kami perlu menunggu laporan daripada Grang Thornton, memandangkan mereka diarahkan oleh ROS untuk mengendalikan pemilihan semula," kata Lim dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga mengumumkan CEC baru parti itu telah membuat mesyuarat kedua pada 15 November berhubung pemilihan 10 ahli jawatankuasa lantikan.

Katanya, perubahan perlu dibuat kerana Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya dan Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh menolak pelantikannya.

"Maka CEC pada 15 November melantik Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy sebagai ahli biasa CEC bagi menggantikan Hannah Yeoh," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS