Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jalan Medang Tanduk ditutup akibat tebing bukit runtuh

Jalan Medang Tanduk, Bukit Bandaraya di Kuala Lumpur terpaksa ditutup akibat tebing bukit runtuh tengah malam tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 11.40 malam dan mendapati tebing bukit yang berbatu telah runtuh sebaik tiba di tempat kejadian.

"Keadaan memang berbahaya kerana terdapat pergerakan batu yang jatuh dan memandangkan terdapat projek pembinaan kondominium di atas bukit berkenaan," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah menghubungi pihak yang berkaitan ke lokasi dengan segera berikutan terdapat kawasan perumahan di lokasi runtuhan.

Bagaimanapun, tiada mangsa dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Katanya agensi terlibat yang terdiri daripada Skuad Penyelamat, Unit Kecemasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Polis Diraja Malaysia sedang memantau keadaan di lokasi kejadian. -Bernama

Lihat Komen
ADS