Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahathir, HARAPAN jumpa Zahid esok
Diterbitkan:  Nov 19, 2017 8:42 PM
Dikemaskini: 12:48 PM

Pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) termasuk pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad akan berjumpa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pagi esok.

Perjumpaan itu berhubung permohonan HARAPAN kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menjadi pakatan rasmi.

Menurut jemputan media daripada HARAPAN, perjumpaan itu dijadual diadakan di pejabat Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya pada pukul 11 pagi.

Pakatan pembangkang itu menghantar permohonan kepada ROS pada Julai dan telah bersetuju menukar logo.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada perkembangan berhubung perkara itu.

Ketua Pengarah ROS Suryati Ibrahim Jumaat lalu berkata beliau tidak kemas kini terbaru berkenaan perkara itu dan enggan mengulas ketika ditanya alasan penangguhan.

Jika permohonan HARAPAN diluluskan, pilihan raya umum ke-14 akan menjadi pilihan raya umum pertama dalam sejarah Malaysia dengan dua pakatan rasmi bertanding.

Lihat Komen
ADS