Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pelajar ditahan disyaki ugut ketua menteri Sarawak di Facebook

Polis menahan seorang pelajar berusia 14 tahun yang disyaki telah memuat naik komen ugutan di laman sosial Facebook terhadap Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata suspek telah dibawa oleh ayahnya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPD) Kuching jam 2.30 petang tadi setelah mendapat tahu polis sedang mengesan anaknya.

“Polis telah merampas seunit telefon bimbit milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik komen ugutan itu.

“Remaja itu telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan diambil daripadanya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dev berkata setakat ini polis telah menerima tujuh laporan mengenai komen berunsur ugutan itu.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

- Bernama

Lihat Komen
ADS