Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Speaker parlimen Indonesia ditahan badan antirasuah
Diterbitkan:  Nov 20, 2017 12:33 PM
Dikemaskini: 4:35 AM

GLOBAL Speaker parlimen Indonesia Setya Novanto ditahan badan antirasuah negara itu selepas ditahan susulan dakwaan penglibatannya dalam kerugian AS$170 juta dalam skim kad pengenalan elektronik.

Beliau adalah ahli politik paling kanan republik itu yang ditahan oleh KPK.

Setya ditangkap pada Jumaat malam tetapi penahanannya ditangguhkan bagi membolehkannya menerima rawatan akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya sehari sebelum itu, lapor Reuters.

Timbalan Ketua KPK Laode Muhammad Syarif berkata doktor berpendapat Setya tidak lagi memerlukan rawatan hospital dan “berdasarkan standard operasi piawai, penangguhan penahanan tidak lagi diperlukan”.

Setya disyaki “secara haram memperkayakan orang lain dan dirinya sendiri” dalam projek kad pengenalan elektronik.

Novanto berkhidmat sebagai pengerusi parti Golkar, yang menganggotai gabungan parti pemerintah, dan sekutu Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi.

Lihat Komen
ADS