Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KM sangkal fakta taburan hujan Jabatan Meteorologi
Diterbitkan:  Nov 20, 2017 4:44 PM
Dikemaskini: 8:52 AM

Kerajaan Pulau Pinang menyangkal dakwaan Jabatan Meteorologi bahawa negeri itu menerima taburan hujan paling tinggi pada September 1995 dan bukan pada tahun ini.

"Berdasarkan fakta ini, jelas menunjukkan bahawa Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) berikan maklumat yang kurang tepat," Ketua Menteri Lim Guan Eng memberitahu sebuah sidang akhbar di Komtar hari ini.

Memetik carta Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bahawa negeri itu merekodkan sejumlah 1,162 mm hujan pada September tahun ini berbanding hanya 482 mm bagi sepanjang tempoh 22 tahun lalu, Lim berkata sangat jelas ia menunjukkan bahawa angka yang diberikan Jabatan Meteorologi tidak tepat.

"Lebih satu kali ganda atau 100 peratus lebih tinggi berbanding (yang dicatatkan pada) tahun 1995 (September)" kata setiausaha agung DAP itu.

Lim merujuk kepada sebuah laporan akhbar yang memetik pengarah agensi kaji cuaca negara Alui Bahari berkata taburan hujan paling lebat di Pulau Pinang berlaku pada tahun 1995.

Kebekalangan ini Lim kelihatan bertelingkah dengan jabatan itu. Beliau menyalahkan jabatan itu kerana didakwa lambat memberikan amaran kepada negeri itu untuk bersedia menghadapi banjir pada 4 dan 5 November itu yang mengorbankan tujuh nyawa dan ribuan penduduk terpaksa berpindah.

Bagaimanapun, Alui tidak bersetuju dan mendakwa amaran telah pun dikeluarkan pada 1 November lalu.

Selanjutnya, Lim menggesa semua pihak agar bencana banjir itu tidak dipolitikkan.

[Baca berita penuh]
 

Lihat Komen
ADS