Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Tamil Malar tuntut RM50 juta dari Saravanan
Diterbitkan:  Nov 20, 2017 5:14 PM
Dikemaskini: 1:39 PM

Tamil Malar hari ini menuntut RM50 juta daripada Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan atas dakwaan memfitnah akhbar itu.

Saman fitnah itu difailkan oleh pemiliknya, City Team Media Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Saman itu berdasarkan komen yang dibuat oleh Saravanan yang diterbitkan di Malaysiakini, Makkal Osai dan sesi langsung di Facebook, di mana timbalan menteri itu mendakwa bahawa Tamil Malar menerbitkan "berita palsu".

Plaintif juga telah memohon injunksi untuk menghalang defendan atau ejennya daripada mengulangi perkataan yang dikatakan memfitnah itu.

Pengurusan kes telah ditetapkan pada 18 Disember ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS