Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mugabe akan bertemu bekas naib presiden yang dipecat
Diterbitkan:  Nov 21, 2017 11:02 AM
Dikemaskini: 3:08 AM

GLOBAL I Jeneral tertinggi angkatan tentera Zimbabwe berkata pertemuan telah dirancang antara Presiden Robert Mugabe dan bekas naib presidennya yang dipecat oleh pemimpin berusia 93 tahun itu dua minggu lalu, Emmerson Mnangagwa.

Ketua angkatan tentera, Constantino Chiwenga memberitahu sidang media bahawa Mnangagwa akan kembali ke negara itu tidak lama lagi.

"Selepas itu, negara akan diberitahu mengenai hasil perbincangan antara kedua-dua pihak," katanya lapor Reuters.

Terdahulu, parti pemerintah Zanu-PF membawa usul di parlimen pada Selasa untuk mencabar Mugabe, selepas tempoh dia perlu meletakkan jawatan berakhir tengah hari.

Desakan itu dibuat bagi memaksa presiden yang sudah berkuasa selama hampir empat dekad itu berundur.

Dalam usul itu, Zanu-PF menuduh Mugabe sebagai "sumber ketidakstabilan", melanggar undang-undang dan menyebabkan ekonomi buruk sejak 15 tahun lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS