Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zahid bercakap tentang dakwaan syarikat milik pegawainya
Diterbitkan:  Nov 21, 2017 4:26 PM
Dikemaskini: Nov 23, 2017 6:33 AM

PARLIMEN l Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan pelantikan Bukit Megah Sdn Bhd bagi menangani pengambilan semula para pekerja tanpa dokumen.

Bagaimanapun beliau tidak mengesahkan atau menafikan jikalau firma itu dimiliki oleh pegawai khas beliau Datuk bdul Halim Suleiman dalam jawapan bertulis parlimen bertarikh 20 November 2017.

"Syarikat Bukit Megah Sdn Bhd adalah salah sebuah syarikat yang dilantik bagi membantu Jabtan Imigresen Malaysia (JIM) menguruskan Program Penghantaran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Secara Sukarela (Program 3+1) dan Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI," kata Zahid dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Dalam Negeri.

"Syarikat-syarikat yang dilantik adalah bertanggungjawab untuk membimbing, menasihati dan memastikan majikan dan PATI melalui proses dan prosedur yang ditetapkan kerajaan.

"Pelaksanaan program secara keseluruhan diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri dan JIM yang juga berperanan sebagai pembuat keputusan terhadap setiap permohonan," beliau memberitahu Steven Sim (DAP-Bukit Mertajam).

Sim (gambar, atas) bertanyakan Zahid untuk menyatakan jikalau pegawai khas beliau, Halim diberikan konsesi perundingan dengan jabatan imigresen melalui syarikat beliau Bukit Megah.

"Adakah ini mempunyai konflik kepentingan?" Tanya beliau.

Pada bulan Ogos, rakan separti Sim Charles Santiago (DAP-Klang) membangkitkan isu dan menggesa Zahid menjelaskan kenapa kontrak besar itu telah diberikan kepada Halim.

Halim dikatakan memiliki 70 peratus kepentingan dalam syarikat, manakala anaknya Mohamad Redzuan Halim memiliki kepentingan selebihnya.

"Menurut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), syarikat beliau diberikan kontrak itu pada 27 Mac 2014. Syarikat itu dibenarkan untuk melegalisasikan para pekerja tanpa dokumen dari 15 buah negara," kata Charles.

"Jelas kes konflik kepentingan dan salah guna kuasa," kata beliau.

"Zahid perlu menjelaskan jikalau kontrak untuk Bukit Megah diberikan berdasarkan tender terbuka," kata beliau menambah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) perlu menyiasat perkara ini.

Halim ialah bekas ahli dewan undangan negeri Puteri Wangsa di Johor dari tahun 2004 hingga 2013.

Lihat Komen
ADS