Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pertubuhan Alumni Universiti Luar Negara hari ini menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang menghina dan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam aplikasi WhatsApp.

Susulan itu, setiausaha pertubuhan berkenaan Naseron Ismail membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini, hari ini.

Beliau berkata laporan polis itu dibuat bertujuan mengelak kenyataan menghina dan memfitnah perdana menteri oleh individu dipercayai pegawai penerangan ketua menteri Pulau Pinang, Mejar (B) Zaidi Ahmad berleluasa dan dilihat mampu memberi persepsi negatif masyarakat.

"Kita amat kecewa dengan kenyataan yang dimuat naik Zaidi… ia memang jelas satu fitnah yang berniat jahat dan tidak bertanggungjawab serta memburukkan imej pemimpin negara kita.

"Kita mahu tindakan tegas diambil dan perkara ini harus disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang berkaitan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Naseron mendakwa kenyataan itu dimuat naik oleh Zaidi sendiri dalam aplikasi WhatsApp pada 7 pagi semalam.

 

-Bernama
 

Lihat Komen
ADS