Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Bandar Malaysia tak terjejas arahan beku projek mewah
Diterbitkan:  Nov 22, 2017 11:32 AM
Dikemaskini: 7:27 AM

Projek Bandar Malaysia tidak akan menjadi antara projek pembangunan yang terjejas oleh moratorium kabinet mengenai pembekuan pembangunan mewah di Kuala Lumpur, kata Datuk Bandar Tan Sri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.

Beliau berkata walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih belum menerima sebarang permohonan mengenai projek itu, pembekuan terhadap kelulusan kondominium, pangsapuri servis, pejabat dan kompleks membeli-belah berharga RM1 juta dan ke atas bukan larangan yang menyeluruh.

"Kami belum menerima sebarang permohonan dari Bandar Malaysia, tetapi tidak, kerana ia bukan satu larangan (menyeluruh).

“Bagi pembangunan tertentu, ini boleh diluluskan," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di ibu pejabat DBKL hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut, dan sebaliknya, memberitahu Malaysiakini untuk menunggu keputusan kabinet selanjutnya.

Sebelum ini, adalah dilaporkan kerajaan persekutuan memohon penangguhan ke atas beberapa jenis pembangunan hartanah mewah di Kuala Lumpur.

DBKL diarah berhenti mempertimbang atau meluluskan projek pembangunan kompleks beli-belah, pejabat, pangsapuri dan kondominium mewah berharga RM1 juta ke atas di ibukota berkuatkuasa 1 November.

Perkara ini susulan lambakan hartanah sedemikian di pasaran.

Menurut laporan itu, permohonan sedia ada – termasuk pengubahsuaian plan bangunan yang sudah menerima kelulusan pembinaan – perlu mendapat kebenaran sebelum Januari 2018.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS