Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ku Nan: K’jaan tak akan hentikan projek di Bandar M'sia, TRX
Diterbitkan:  Nov 23, 2017 12:05 PM
Dikemaskini: 4:09 AM

PARLIMEN l Kerajaan tidak akan menghentikan pembangunan di Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX) kerana kelulusan awal telah diberikan bagi projek-projek berkenaan.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN-Putrajaya) berkata demikian semasa sesi soalan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

“Bagi TRX dan Bandar Malaysia, kelulusan telah diberikan kepada mereka secara dasar, kelulusan awal telah diberikan.

“(Justeru), kami tidak akan memberi satu kaedah di mana untuk menahan pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan-kawasan tersebut,” katanya.

Sebelum ini, adalah dilaporkan kerajaan persekutuan memohon penangguhan ke atas beberapa jenis pembangunan hartanah mewah di Kuala Lumpur.

DBKL diarah berhenti mempertimbang atau meluluskan projek pembangunan kompleks beli-belah, pejabat, pangsapuri dan kondominium mewah berharga RM1 juta ke atas di ibukota berkuatkuasa 1 November.

Larangan itu susulan kebimbangan Bank Negara mengenai lambakan hartanah sedemikian di pasaran.

Menurut laporan itu, permohonan sedia ada – termasuk pengubahsuaian plan bangunan yang sudah menerima kelulusan pembinaan – perlu mendapat kebenaran sebelum Januari 2018.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS