Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dilarang beri bantuan banjir, ADUN PKR selar k’jaan negeri

Wakil rakyat PKR yang dilarang daripada menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa banjir, membidas kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP dan berikrar untuk terus membantu penduduk di kawasannya.

ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng mendakwa bahawa tindakan itu bertujuan menghukum pengundi beliau.

"Ketika saat genting ini, saya terkejut apabila dilarang membantu rakyat melalui tindakan yang tidak praktikal dan tidak berperikemanusiaan ini.

"Saya tidak fikir mana-mana kerajaan yang waras dan logik akan melarang wakil yang dipilih secara demokratik daripada membantu rakyat.

"Saya tidak tahu idea siapa ini yang melarang kami daripada membantu mereka," kata Cheah kepada pemberita di pusat khidmatnya.

Diminta penjelasan, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu susulan "perubahan prosedur dalaman".

Lim berkata beliau dan ADUN Pulau Tikus, Yap Soo Huey akan mengendalikan tugas itu agar pendaftaran mangsa dapat diselesaikan dalam masa 10 hari.

"Perubahan prosedur dalaman diperlukan untuk memastikan semua mangsa banjir dapat didaftarkan secara komprehensif.

"Tumpuannya adalah untuk membantu mangsa-mangsa banjir dan perubahan dalaman adalah penting untuk memastikan mereka mendapat manfaat daripada program RM105 juta Pulau Pinang Bangkit Kembali," katanya.

Walau bagaimanapun, Cheah berkata beliau akan terus membantu pengundinya yang memerlukan bantuan untuk mendaftar bagi mendapatkan dana RM700 bagi setiap keluarga.

Wakil PKR itu tidak melihat tindakannya sebagai menentang pihak berkuasa negeri dan berpendapat bahawa keputusan untuk melarangnya adalah "tidak sah dan tidak berasas".

"Ia adalah satu alasan yang buruk, bukan alasan, bahkan mereka tidak memberi saya penjelasan," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS