Kesatuan Kemanusiaan dan Etika Antarabangsa (IHEU) hari ini menyeru agar kerajaan segera menghentikan permusuhan mereka terhadap minoriti ateis di negara ini.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu mengatakan bahawa adalah tidak logik dan bertentangan dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa untuk mentafsirkan jaminan perlembagaan bahawa "kebebasan beragama" melarang kebebasan untuk tidak beragama.

"Adalah salah nyatakan bahawa ateisme adalah berbahaya.

"Ateisme hanya pandangan bahawa tidak ada tuhan. Pandangan ini semakin banyak terdapat di seluruh dunia dan semakin banyak orang bersetuju," kata IHEU.

Kenyataan itu adalah respon kepada kenyataan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bahawa ateisme adalah "tidak berperlembagaan" dan satu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

IHEU selanjutnya menegaskan bahawa Rukun Negara, yang antara lain mengandungi prinsip "Kepercayaan kepada Tuhan" bukan merupakan undang-undang, dan oleh itu tidak boleh, mengikat setiap individu untuk memiliki kepercayaan masing-masing.

[Baca berita penuh]