Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sultan Johor sokong semakan semula kes Batu Puteh
Diterbitkan:  Nov 24, 2017 12:25 PM
Dikemaskini: 4:28 AM

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyokong penuh tindakan Malaysia mengemukakan permohonan semakan semula penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Baginda turut meminta rakyat Johor berdoa agar keputusan ICJ akan bertukar dan memihak kepada Johor berdasarkan bukti baru, lapor Berita Harian.

Baginda bagaimanapun berkata Singapura boleh bekerjasama meneruskan pentadbiran di Batu Puteh, jika keputusan itu nanti memihak kepada Malaysia.

"Keputusan ICJ akan datang, jika ia berpihak kepada Johor, kita boleh lagi bekerjasama dengan Singapura... Johor boleh lagi bekerjasama dengan Singapura untuk mentadbirkan Rumah Api Horsburgh (di Batu Puteh). Tiada masalah pada saya.

"Contohnya Pulau Pisang, kita ada perjanjian itu selagi ada matahari dan ada bintang, ia tidak boleh dibatal. Singapura terang-terangan kata ia bukan hak dia, bukan tanah dia. Itu milik Johor, ia cuma mentadbir sahaja. Sebab dah masuk negeri Johor di Pulau Pisang, dia tidak boleh masuk ikut bot, kena masuk melalui Imigresen," titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam pertemuan bersama Kumpulan Media Prima sempena hari keputeraan baginda ke-59, di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Malaysia memfailkan semakan semula tuntutan itu pada Februari lalu selepas menemui bukti baru dalam tiga dokumen di Perpustakaan Negara United Kingdom, Ogos tahun lalu.

ICJ pada 23 Mei 2008 memutuskan Singapura berhak terhadap kedaulatan ketiga-tiga pulau itu.

Lihat Komen
ADS