Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Gotong royong mega perangi aedes 2 Disember ini
Diterbitkan:  Nov 25, 2017 5:45 AM
Dikemaskini: Nov 27, 2017 7:11 AM

Program Gotong Royong Mega Bersepadu Perangi Aedes Siri 2 bagi membendung penularan kes denggi akan diadakan serentak di seluruh negara pada 2 Disember ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata program peringkat kebangsaan akan dilaksanakan di Kampung Baru Jementah, Segamat, Johor dan dijadual disempurnakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

"Kementerian Kesihatan meminta seluruh rakyat untuk turut bersama menjayakan program tersebut di kawasan masing-masing, antara lain membersihkan kawasan dalam dan luar rumah, tanah atau lot kosong, longgokan sampah dan memusnahkan tempat pembiakan aedes,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya, bagi tempoh 12 hingga 18 November lepas, jumlah kes mingguan denggi yang dilaporkan adalah 993 kes dan ia merupakan jumlah kes mingguan terendah pernah dicatatkan sejak 2014.

- Bernama

Lihat Komen
ADS