Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Impak isu 1MDB ke atas ekonomi negara rendah'
Diterbitkan:  Nov 27, 2017 11:16 AM
Dikemaskini: 3:21 AM

Kerajaan mengulangi bahawa impak 1MDB ke atas ekonomi negara adalah sangat rendah kerana program rasionalisasi firma milik negara itu berjalan dengan baik.

Dalam jawapan parlimen bertarikh 23 November, Kementerian Kewangan juga menyatakan isu 1MDB tidak memberi kesan kepada kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) dan mereka masih mempunyai keyakinan terhadap ekonomi Malaysia.

"Fakta ini begitu jelas dan tidak dipertikaikan oleh pelabur, teknokrat dan usahawan Amerika Syarikat," kata Kementerian Kewangan menjawab soalan Datuk Raime Unggi (BN-Tenom).

Raime terdahulu meminta Kementerian Kewangan menyatakan maklum balas daripada pelabur, teknokrat dan usahawan AS mengenai kempen "mensabotaj 1MDB" dan cubaan melemahkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia.

"Perdana menteri telah memberitahu komuniti perniagaan Amerika Syarikat bahawa kempen untuk sengaja mensabotaj 1MDB dan melemahkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia.

"Tindakan itu merupakan sebahagian daripada percubaan yang gagal untuk menggulingkan kerajaan. 

"Realiti sebenar ialah impak isu 1MDB ke atas kedudukan ekonomi negara adalah rendah sekali kerana program rasionalisasi syarikat itu berjalan baik.

"Hakikatnya ekonomi Malaysia akan terus berkembang pada kadar yang jauh melebihi purata antarabangsa seperti mana yang dilaporkan Bank Dunia," kata Kementerian Kewangan.

Lihat Komen
ADS