Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Keputusan ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah untuk menyertai parti BERSATU menunjukkan beliau seorang 'gentleman', kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Malah, bagi timbalan menteri besar Kelantan itu, penyertaan Amiruddin dalam BERSATU adalah lebih baik untuk PAS.

"Pengumuman beliau menyertai BERSATU itu menunjukkan beliau seorang ahli politik yang gentleman, berbanding (Anggota Parlimen) Pokok Sena (Datuk Mahfuz Omar).

"Itu lebih baik untuk PAS. Berbanding mereka yang duduk dalam PAS tetapi merosakan parti," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Semalam, Amiruddin yang juga ketua pembangkang DUN Kedah dilaporkan keluar daripada PAS dengan menyertai BERSATU.

Terdahulu, Amiruddin dilihat lebih cenderung terhadap parti serpihan PAS iaitu AMANAH, malah turut menyertai konvensyen tahunan parti itu, baru-baru ini.

Selain Amiruddin, difahamkan konvensyen itu turut dihadiri Mahfuz dan ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa yang kini masih kekal sebagai ahli PAS.

Sementara itu diminta mengulas lanjut tindakan Amiruddin itu, Mohd Amar berkata, penyertaan tersebut sama ada ke BERSATU, AMANAH atau DAP tidak ada bezanya bagi PAS.

"Sama saja beliau masuk BERSATU, AMANAH atau DAP. Sebab kita tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan ketiga-tiga parti itu," ujarnya.

Lihat Komen
ADS