Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Permohonan TOL di Johor tertangguh sembilan tahun
Diterbitkan:  Nov 27, 2017 5:51 PM
Dikemaskini: 10:34 AM

LAPORAN AUDIT l Laporan ketua audit negara mendedahkan dua pejabat tanah di Johor mempunyai penagguhan yang terlalu lama dalam memperoses permohonan lesen pendudukan sementara (TOL).

Tempoh memproses permohonan TOL seperti yang ditetapkan dalam piagam pelanggan adalah empat bulan, namun audit mendapati pejabat tanah di Batu Pahat dan Mersing ditangguhkan sehingaa 108 bulan atau 3,261 hari.

Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 2 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini menyatakan pejabat tanah Batu Pahat melebihi tempoh empat bulan memproses daripada 11 sehingga 98 bulan.

Penelitian lanjut 20 fail kes mendedahkan penangguhan itu disebabkan pejabat tanah menangguhkan proses permohonan semua peringkat.

Sementara itu, pejabat tanah Mersing melebihi tempoh enam bulan pemprosesan yang ditetapkan sehingga 108 bulan.

Pemeriksaan ke atas 15 fail kes di Mersing menunjukkan penangguhan terjadi oleh sebab yang sama.

Menurut laporan ketua audit, faktor luaran turut memainkan peranan dalam situasi tertentu, seperti penangguhan laporan yang sepatutnya diterima daripada jabatan teknikal.

Bagaimanapun, turut didedahkan tiada permohonan yang diterima pejabat tanah Batu Pahat dan Mersing diproses dalam tempoh empat bulan.

Laporan itu menyarankan agar permohonan yang masih tertangguh diselesaikan secepat mungkin selain turut mencadangkan agar status permohonan TOL diteliti dalam mesyuarat bulanan bagi memastikan ia diselesaikan dalam tempoh yang sepatutnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS