Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis cuba tutup sebab kematian - Balu Dharmendran

Balu N Dharmendran, Marry Mariay Susay, 30, mendakwa polis cuba menutup sebab sebanr kematian suaminya yang merupakan mangsa kematian dalam tahanan.

Marry memberi keterangan percubaan menutup sebab kematian suaminya dilakukan dalam beberapa cara, contohnya ketika dia datang ke bilik autopsi Hospital Kuala Lumpur tempat mendiang suaminya dibedah siasat.

“Pada mulanya, mereka (dua pegawai polis di luar bilik autopsi) kata dia mati sakit jantung.

“Bila saya ke Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), saya dengar beberapa perkara berkenaan entri dalam sebuah buku log.

“Siasatan EAIC mendapati entri berkenaan adalah palsu,” katanya kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui penterjemah hari ini.

Marry juga memberi keterangan berkenaan sebuah laporan berita yang memetik pihak polis yang mengatakan Dhamendran mati kerana kesukaran bernafas sebagai tidak benar, memandangkan ketika itu laporan bedah siasat belum dikeluarkan.

Marry memberi keterangan untuk kes saman terhadap 11 defendan atas dakwaan, antara lain menyerang, kecuaian, memenjarakan dengan salah, dan konspirasi antara defendan.

Dharmendran ditahan pada 11 Mei 2013 dan mati 10 hari kemudian pada 21 Mei di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS