LAPORAN AUDIT I Kos untuk membina beberapa projek "Ladang Sejahtera" di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah melambung lebih 100 peratus.

Sebagai contoh, kos untuk membina projek Ladang Sejahtera Ganda di Perak telah melonjak sebanyak 267.3 peratus atau RM33.01 juta dari kos awal sebanyak RM12.35 juta.

Bagi projek Ladang Sejahtera di Chemomoi, Pahang, kos meningkat sebanyak 158.9 peratus kepada RM14.13 juta daripada kos awal sebanyak RM8.89 juta.

Laporan Ketua Audit Negara 2016 siri kedua menyatakan bahawa kos melambung akibat kematian pokok yang disebabkan oleh jenis tanah, perosak dan hakisan tanah yang tidak sesuai.

Disebabkan peruntukan defisit bagi Ganda Ladang Sejahtera, Lembaga Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) terpaksa meminta Espek Plantations Sdn Bhd dan Risda Plantation Sdn Bhd menggunakan peruntukan dalaman mereka untuk memastikan ladang itu dijaga.

Risda pada 19 September 2016 telah memohon tambahan peruntukan dari kementerian untuk Ladang Sejahtera Ganda sehingga tahun 2021.

Ini bermakna kos untuk Ladang Sejahtera akan meningkat kepada RM48.70 juta atau 394.3 peratus lagi dari kos awal sebanyak RM12.35 juta.

Laporan audit menyebut bahawa pembangunan Ladang Sejahtera Ganda dan Ladang Sejahtera Chemomoi tidak memuaskan kerana masalah tanah yang tidak sesuai yang menyebabkan kematian 437,393 pokok getah.

Dalam cadangannya, laporan audit berkata kedua-dua kementerian dan Risda perlu menjalankan kajian menyeluruh mengenai projek Ladang Sejahtera berhubung kesan jangka pendek dan jangka panjang dari segi kos.

Mereka juga perlu mengkaji faktor-faktor penting yang telah menyebabkan Ladang Sejahtera Ganda gagal dalam objektifnya.