LAPORAN AUDIT | Audit yang dijalankan ke atas Suruhanjaya Koperasi (SKM) mendapati bahawa ia gagal mengutip bayaran pinjaman berjumlah RM239.56 juta daripada lebih 500 koperasi.

Laporan audit juga menunjukkan tiada tindakan undang-undang dimulakan ke atas peminjam ingkar, yang boleh menjejaskan keupayaan suruhanjaya itu meneruskan pembayaran pinjaman kepada koperasi.

"Pada pendapat Audit, pengurusan kutipan bayaran balik pinjaman adalah tidak memuaskan kerana kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) melebihi 11 peratus dan meningkat kepada 17.6 peratus pada 31 Disember 2016.

"Selain itu, SKM juga gagal merampas cagaran dan mengambil tindakan tegas terhadap 12 koperasi yang tidak pernah membuat bayaran balik.

"Keadaan ini boleh menjejaskan keupayaan dana pusingan Tabung Modal Pusingan-Jabatan Pembangunan Koperasi (TMP-JPK)," kata laporan itu.

Sehingga Disember 2016, SKM gagal mengutip pembayaran balik pinjaman daripada 526 akaun, dengan kos sebanyak RM239.56 juta.

Sementara itu, pinjaman tidak berbayar 12 koperasi yang disebutkan itu bernilai RM3.32 juta secara keseluruhan.

Manakala tempoh pinjaman adalah antara tiga hingga 28 tahun.

[Baca berita penuh]