Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Banjir mula landa Perlis
Diterbitkan:  Nov 28, 2017 10:50 AM
Dikemaskini: 2:54 AM

Hujan berterusan sejak dua hari lepas menyebabkan dua buah kampung di daerah ini dilanda banjir malam tadi dengan sebahagian daripada 46 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis, selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), berkata mereka yang terlibat ialah penduduk Kampung Padang Malau (26 buah runmah) dan Kampung Padang Malau Dalam (20 buah rumah).

Jumlah mereka bagaimanapun masih dikumpul kerana ada antara mereka masih enggan meninggalkan rumah tanpa dijaga, kata JPBN dalam kenyataan hari ini.

APM berkata agensi itu membuat pemantauan di seluruh negeri terutama di kawasan yang sering dilanda banjir berikutan hujan tanpa henti sejak kelmarin.

“Orang ramai diingatkan agar patuh pada arahan pihak berkuasa apabila diarahkan berpindah dan hendakjlah melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya rumah mereka dinaiki air,”” menurut kenyataan itu. -Bernama

Lihat Komen
ADS