Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zamihan: Boikot hotel 'anti-Islam', ini kalilah!
Diterbitkan:  Nov 28, 2017 1:17 PM
Dikemaskini: 5:45 AM

Penceramah kontroversi Zamihan Mat Zin mengajak orang ramai memboikot hotel yang melarang pekerjanya memakai tudung.

“Tiba masanya untuk kita bertegas dengan memboikot hotel yang tidak menghormati perlembagaan negara, undang-undang tubuh negeri dan kuasa Tuanku Sultan sebagai ketua agama.

“Jom boikot hotel anti-Islam. Ini kalilah!” katanya jurupulih pengganas Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu.

Dalam tulisan di Facebook hari ini, Zamihan juga memuji Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak memperbaharui atau mengeluarkan lesen hotel terbabit.

“Terbaik Tok Mat (Mohamad) kerana mempertahankan hak dan syiar Islam di Negeri Sembilan,” katanya.

Dengan arahan itu, Negeri Sembilan dilapor menjadi negeri pertama mengenakan langkah itu sebagai tanda bantahan terhadap diskriminasi pada wanita bertudung.

Bercakap di Rembau, Mohamad juga berkata hotel-hotel tersebut boleh berpindah ke luar negara seperti Amerika Syarikat atau Perancis jika enggan hormati pada budaya dan agama di Malaysia.

Lihat Komen
ADS