Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
RUU Pergigian 2017 dibentang di Dewan Rakyat
Diterbitkan:  Nov 28, 2017 4:03 PM
Dikemaskini: 8:04 AM

PARLIMEN l Suatu Rang Undang-undang (RUU) baharu iaitu RUU Pergigian 2017 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

RUU tersebut antara lain bertujuan untuk menubuhkan Majlis Pergigian Malaysia dan Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia untuk mengawal selia profesion tersebut di negara ini.

Kedua-dua badan tersebut apabila ditubuhkan nanti juga berperanan memberikan pengakuan kepada profesion pergigian.

Dengan penubuhan kedua-dua entiti berkenaan, RUU itu juga mencadangkan supaya Majlis Pergigian Malaysia sedia ada yang ditubuhkan di bawah Akta Pergigian 1971 akan dibubarkan.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang membentangkan RUU berkenaan berkata ia akan dibentang untuk bacaan kali kedua dan ketiga juga pada sesi Dewan Rakyat kali ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS