Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kumpulan kecil kuasai hampir separuh unit ASNB
Diterbitkan:  Nov 28, 2017 4:11 PM
Dikemaskini: Nov 29, 2017 9:15 AM

Setakat 30 September lalu, sebanyak 4.2 peratus pemegang unit menguasai hampir separuh (47.6 peratus) daripada keseluruhan unit amanah kendalian Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB).

Menurut Kementerian Kewangan, kumpulan 4.2 peratus itu adalah pemegang unit yang memiliki unit pelaburan di antara 100,001 hingga 500,000 unit.

Jumlah keseluruhan unit pelaburan mereka adalah sebanyak 103,098 juta unit.

Bagaimanapun, pemegang unit sebanyak 1,000 unit dan ke bawah, yang membentuk majoriti 61 peratus, hanya mempunyai pelaburan sebanyak 1,685 juta unit (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan unit pelaburan).

Pemegang unit 500,001 unit (0.3 peratus daripada jumlah keseluruhan pemegang unit) pula memiliki 34,840 juta unit pelaburan ataupun 16 peratus daripada jumlah unit pelaburan.

ASNB yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) diperkenal pada 1970-an sebagai sebahagian daripada Dasar Ekonomi Baru bagi menyelesaikan masalah imbangan ekonomi di negara ini.

PNB menguruskan 12 dana dengan lima daripadanya hanya untuk bumiputera. Jawapan bertulis di parlimen tidak menyatakan jumlah nilai keseluruhan dana-dana ini.

Jawapan bertulis itu dikeluarkan bagi menjawab soalan lisan Datuk Seri Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang mahu tahu bilangan dan peratus pemilik sahan PNB pada akhir 2009 dan September 2017 mengikut jenis saham.

Beliau juga mahu tahu pemilikan mengikut unit dan usaha untuk menambah saham golongan bawahan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS