Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bung Moktar: Tembak pengedar dadah seperti di Filipina

PARLIMEN |  Anggota Parlimen Kinabatangan dari Umno Datuk Bung Moktar Radin menggesa kerajaan Malaysia mengikut jejak langkah polisi dadah Filipina yang menembak mati pengedar dadah.

Beliau juga meminta pihak berkuasa untuk menahan penagih dadah tanpa bicara.

"Suatu ketika, di Filipina penggunaan dadah ini, amat menggerunkan, tapi selepas (presiden) Duterte masuk, sekarabg boleh dikirakan zero dadah," katanya ketika perbahasan Bajet 2018.

"Kenapa kita tidak boleh ikut cara Filipina? Kenapa tidak boleh? Mana-mana penagih dadah, kita penjara without trial. Mana-mana pengedar (dadah), tembak dia," katanya.

Beliau membuat gesaan agresif tersebut selepas memaklumkan kawasan parlimen beliau dan beberapa lagi kawasan di Sabah dan Sarawak telah menjadi pusat pengedaran dadah.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP, Ramkarpal Singh kemudiannya mencelah dengan pertanyaan, "adakah itu perkara serius, itu cara baik seperti buat di Filipina, adakah kita sokong Filipina tindakan Duterte, untuk buat sama, are u very sure?

"I am very sure, untuk kepentingan masa depan bangsa negara," jawab Bung lagi sambil menekankan keperluan negara mengikuti polisi menembak penegdar dadah sebagaimana yang dibuat di Filipina dan di China.

Beliau juga berkata Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) perlu dibubarkan kerana dianggap beliau gagal dalam menangani masalah dadah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS