Paling Popular
Terkini

Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu ditutup kepada kenderaan ringan selepas ditenggelami air sedalam 0.1 hingga 0.3 meter di Kampung Bukit Abal di sini, bermula pukul 11 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata bagaimanapun setakat ini kenderaan berat masih dibenarkan untuk melaluinya.

“Keadaan itu juga menyebabkan beberapa kenderaan ringan terkandas apabila laluan sepanjang 500 meter di kampung terbabit ditenggelami air sungai Kampung Kelong.
“Hujan lebat mengakibatkan banjir berlaku di kawasan sekitar dan menyebabkan 30 rumah di kawasan tersebut dinaiki air pada paras pinggang,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau turut menyarankan orang ramai yang menuju ke Kota Bharu menggunakan jalan alternatif Pasir Puteh-Gunung, Bachok.

-Bernama

Lihat Komen
ADS