Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
GST tak naik walaupun selepas PRU, kata timb menteri

PARLIMEN l Kerajaan tidak merancang untuk menaikkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan lagi kadar GST daripada enam peratus, walaupun selepas PRU.

"Mungkin sesetengah pihak yang mencadangkan (kenaikan) ada sebab tertentu. Tetapi buat masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji, mahupun menaikkannya di masa depan," katanya yang juga anggota parlimen Jerlun.

Beliau menjawab Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang memintanya mengesahkan sama ada Bank Dunia ada mencadangkan Malaysia menaikkan GST kepada tujuh peratus.

"Saya sendiri pun tidak membacanya dan saya tak pasti (akan cadangan itu). Mungkin ada cadangan...Tetapi kita kekal dengan enam peratus," katanya lagi.

Wong Chen ketika dihubungi berkata, beliau mendengar tentang laporan yang dibuat Bank Dunia berhubung cadangan itu.

"Jadi saya meminta timbalan menteri untuk mengesahkannya," katanya lagi.

Kerajaan dijangka mengutip RM41.5 bilion hasil daripada GST untuk tahun ini, dan RM43.8 bilion pada tahun 2018. 

Lihat Komen
ADS