Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kelantan: Terima kasih, Pulau Pinang
Diterbitkan:  Nov 30, 2017 12:26 PM
Dikemaskini: 4:28 AM

Kelantan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Pulau Pinang kerana memperuntukkan RM100,000 bagi membantu rakyat negeri di Pantai Timur itu yang terjejas dengan bencana banjir.

"Saya bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kerana membantu kita,” Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Integriti di Kota Bharu semalam.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan sumbangan itu semalam dan mendoakan supaya cuaca semakin baik di Kelantan.

Menurut Lim, RM50,000 bakal disalurkan kepada kerajaan Kelantan, manakala selebihnya akan diserahkan kepada NGO di negeri itu.

Pulau Pinang sendiri sebelum ini dilanda banjir besar dan Kelantan juga sebelum ini mengetepikan fahaman politik dengan mengumumkan sumbangan RM50,000 kepada negeri Pulau Mutiara sebelum ini.

Setakat jam 9 pagi ini, Jumlah mangsa banjir di Kelantan bertambah kepada 13,539 orang berbanding 12,734 pada 9 malam tadi.

Lihat Komen
ADS