Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Guan Eng tuntut parlimen bahas laporan RCI forex
Diterbitkan:  Nov 30, 2017 1:35 PM
Dikemaskini: 5:36 AM

Lim Guan Eng (DAP-Bagan) menuntut parlimen membahaskan laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkaitan kerugian Bank Negara dalam urus niaga forex sekitar tahun 90-an yang dikeluarkan hari ini.

“Kita tidak ada masa untuk bincang RCI yang begitu serius?” soalnya.

Lim berkata perkara itu penting dibahaskan di Dewan Rakyat kerana buat kali pertama terdapat syor untuk mengambil tindakan ke atas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa itu.

Laporan tebal lebih 500 muka surat itu turut menyalahkan Mahathir dan Anwar atas kerugian yang dianggarkan RM31.5 bilion.

Lim hari ini menuntut menteri undang-undang Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan sama ada perkara itu akan dibahaskan di parlimen.

“Saya nak tanya adakah ini akan dibahaskan kerana ini adalah suatu yang tiada duluan, saya nak dapat kepastian daripada menteri,” katanya.

Timbalan Speaker Datuk Seri Ismail Mohamed Said yang mempengerusikan sidang berkata buat masa ini agenda itu tiada dalam jadual perbahasan parlimen.

Katanya, seperti dinasihatkan oleh speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, kini terpulang kepada kerajaan untuk memutuskan perkara berkaitan laporan RCI itu.

Lihat Komen
ADS