Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Santamil mahu ketepikan Shafee sebagai peguam Deepak
Diterbitkan:  Nov 30, 2017 1:45 PM
Dikemaskini: 5:47 AM

Balu P Balasubramaniam, A Santamil Selvi, mahu mengetepikan pernyataan pembelaan “kedua” peniaga permaidani Deepak Jaikishan.

Santamil juga mahu peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah digugurkan daripada mewakili Deepak dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Santamil memfailkan kedua-dua permohonan itu 17 November untuk mengetepikan pernyataan pembelaan kedua Deepan yang difailkan oleh syarikat guaman Shafee pada 6 November.

Difahamkan peguam Santamil, Americk Sidhu dan pengarang Sarawak Report Claire Rewcastle Brown telah mengemukakan afidavit untuk tujuan itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS